Kelas Advokasi – Kuiz Maklumat Palsu dan Berkongsi Secara Berlebihan

25 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas advokasi menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan jawapan advokasi yang betul bertajuk Maklumat Palsu menggunakan template Kuiz. Markah akan dipaparkan selepas peserta selesai menjawab kesemua soalan.

Untuk sesi kedua, peserta diminta untuk mencari padanan soalan dan jawapan yang betul mengenai kuiz advokasi bertajuk Berkongsi Secara Berlebihan menggunakan template Membuka Kotak. Jawapan bagi padanan yang betul atau salah akan ditunjukkan setelah peserta memadankan soalan dan jawapan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali